21/09/08

AVIAN INFLUENZA ( SELSEMA BURUNG )

APAKAH AVIAN INFLUENZA ATAU SELSEMA BURUNG.


Avian influenza atau selsema burung adalah sejenis penyakit berjangkit di kalangan ayam,itik dan burung.




burung-burung liar merupakan reservior bagi vairus penyakit ini.




ternakan ayam,itik,burung dan yang sma keluarga dengannya juga dijangkiti penyakit ini




biasanya,penyakit ini tidak menular kepada manusia tetapi kejadian di vieatnam dan thailand telah menunjukkan ianya boleh merebak kepada manusia.kejadian yang sama pernah berlaku di hong kong pada tahun 1997 dimana seramai 19 orang telah dijangkiti dengan avian influenza dengan 6 kematian.


Avian Influenza disebabkan oleh virus influenza jenis A.Virus ini mempunyai pelbagai jenis sub-type wabak yang dilaporkan sekarang di sebabkan oleh jenis virus H5N1.Virus jenis ini menyebabkan kadar ternakan yang tinggi dikalangan ayam ternakan sehingga 100%.


BAGAIMANA PENYAKIT INI MEREBAK?


Penyakit ini menular di kalangan ayam melalui cecair dari hidung dan mulut serta najis.Virus boleh bertahan sehingga 30 hari didalam najis yang tercemar.Manusia boleh dijangkiti melalui kontek dengan ayam,itik,burung yang berpenyakit seperti..



  1. KONTEK SECARA TERUS

  2. MENGENDALI NAJIS YANG TERCEMAR

  3. AIR YANG TERCEMAR DENGAN NAJIS

  4. BARANG-BARANG DAN PAKAIAN YANG TERCEMAR DENGAN NAJIS.

APAKAH MANUSIA BOLEH DIJANGKITI PENYAKIT AVIAN INFLUENZA?


Ya manusia boleh dijangkiti penyakit avian influenza.



APAKAH TANDA-TANDA AVIAN INFLUENZA APABILA BERLAKU KEPADA MANUSIA?


Gejala avian influenza adalah sama seperti selsema biasa iaitu demam tinggi( >39oC ) sakit tekak dan batuk.Di kalangan kes-kes teruk boleh berlaku sesak nafas disebabkan radang paru-paru (pneumonia).Kejadian penyakit ini adalah lebih teruk di kalangan kanak-kanak dan orang tua oleh kerana tahap ketahanan badan yang rendah di mana virus boleh membiak dengan cepat.Kebanyakan kematian berlaku dalam wabak sekarang adalah di kalangan kanak-kanak.



BAGAIMANA CARA MENGELAK DARI DIJANGKITI IVIAN INFLUENZA


Elak dari kontek terus dengan ayam atau burung yang berpenyakit atau tercemar dengan najis dari ayam atau burung berpenyakit.



SIAPAKAH YANG BERISIKO?



  1. MEREKA YANG BERKERJA DI LADANG TERNAKAN AYAM,ITIK,BURUNG YANG KEMUNGKINAN TELAH DIJANGKITI

  2. MEREKA YANG MEMPUNYAI KONTEK TERUS DENGAN HAIWAN YANG DIJANGKITI

  3. MEREKA YANG MENGENDALIKAN PEMUSNAH AYAM,ITIK DAN BURUNG YANG BERPENYAKIT

APAKAH CARA PERLINDUNGAN YANG TERBAIK.



  1. Amalkan "good animal husbandry" seprti memakai mask (penutup mulut dan hidung),sarung tangan,aprom dan kasut but.

  2. Selalu membasuh tangan dengan air yang bersih.

  3. Amalkan kebersihan semasa mengendalikan daging mentah

  4. Lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan


APAKAH VAKSIM INFLUENZA YANG SEDI ADA BERKESAN UNTUK SELSEMA BURUNG?


Tidak berkesan kerana ianya hanya melindung dari influenza berjangkit kepada manusia sahaja.



APAKAH SELAMAT UNTUK MELAWAT NEGARA-NEGARA YANG DI LANDA WABAK SELSEMA BURUNG?


Petubuhan kesihatan sedunia tidak membuat sebarang sekatan melawatke negara-negara yang terlibat.Walau baagaimanapun adalah dinasihatkan supaya tidak melawat ladang-ladang ternakan ayam,itik,burung atau pasar di negara tersebut.



ADAKAH KITA PERLU MENGELAK DARI MAKAN AYAM,ITIK DAN DURUNG?


Tidak perlu.Daging ayam atau produknya yang dijual dipasaran yang bersih dan dimasak dengan selamat..Semua produk ayam tewrmasuik telur perlu dimasak sebelum makan.



















20/09/08

abg zul di majlis berbuka puasa di masria bahau

hai... abg zul makan tak ingat kawan ke?jemput-jemput la kawan ni,

TEAM A MEMBER

ALONG namanya ialah pak wahab,letih sangat berkerja sampai tertido,maklum la bulan puasa..nak makan tak boleh...






PKA SALIM BIN ADAM.



dulu seorang pemandu sekarang dah bertukar jawatan sebagai PEMBANTU KESIHATAN AWAM..

NYAMUK AEDES ( DENGGI )



DEMAM DENGGI ADALAH PENYAKIT BERJANGKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS DENGGI YANG DISEBARKAN MELALUI GIGITAN NYAMUK AEDES.
TIADA UBAT KHUSUS YANG DAPAT MERAWAT DEMAM DENGGI KECUALI MENGAMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN
TANDA-TANDA
  1. DEMAM KUAT SECARA MENGEJUT DAN BERTERUSAN
  2. RUAM MERAH PADA KULIT
  3. SAKIT TERUK PADA TULANG,OTOT,SENDI,BIJI MATA DAN KEPALA
  4. HILANG SELERA MAKAN
  5. MUNTAH-MUNTAH
  6. SAKIT PERUT
  7. PENDARAHAN PADA BADAN,HIDUNG DAN MULUT.

TABIAT NYAMUK AEDES.

  • Aedes dapat dikenali berbelang hitam putih pada kaki.
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam air bertakung di dalam dan di luar rumah
  • Kitaran hidup aedes dari telur, jentik-jentik,kepompong hingga naymuk dewasa hanya satu minggu sahaja.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN

A. MENCEGAH PEMBIAKAN AEDES

  1. Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  2. Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali.
  3. Bersihkan saluran air hujan ( salur bumbung )daripada air bertakung
  4. Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, botol, tin kosong dan tempurung kelapa dibuang mengelakan dari menjadi tempat pembiakan aedes.
  5. tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong,tin kosong,bekas plastik dan sebagainya.
  6. Masukan ubat pembasmi/ pembunuh -jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK DAN LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan.(10gm. untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.

B. MENGHAPUSKAN NYAMUK DEWASA.

  1. Gunakan racun serangga ( AEROSOL) di rumah
  2. Pasang jejaring nyamuk pada tingkap rumah
  3. Semburan kabus ( fogging ) akan di lakukan jika berlaku kes denngi.

SEGERA...DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT SEBARANG TANDA-TANDA DEMAM DENGGI DI KLINIK YANG BERHAMPIRAN DI TEMPAT ANDA,,,

KITARAN KEHIDUPAN NYAMUK AEDES


DEMAM CHIKUNGUNYA

DEMAM CHIKUNGUNYA ialah sejenis demam yang di akibatkan oleh alfavirus yang dibawa oleh gigitan nyamuk AEDES AEGYPTI.
GEJALA DAN TANDA-TANDA
  1. DEMAM PANAS
  2. SAKIT KEPALA
  3. SAKIT DAN LENGUH DI BAHAGIAN SENDI
  4. RUAM MERAH DI BAHAGIAN BADAN
  5. SAKIT BELAKANG
  6. PENYAKIT INI BERLARUTAN HINGGA 5 KE 7 KALI
  7. TIADA RAWATAN SPESIFIK UNTUK PENYAKIT INI
  8. PESAKIT BIASANYA DIRAWAT SECARA SINPTOMATIK





CARA PENCEGAHAN





satu-satunya cara menhindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES.nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandugi air jernih dan biasa berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.





CARA-CARA KAWALAN DI DALAM RUMAH




  • Basuhlah tempayan dengan berus sehingga bersih tiap-tiap seminggu sebelum mengisi air.


  • Buang air dari pingan-pingan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.


  • Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.


  • Masukan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut agar nyamuk tidak dapat bertelur didalamnya.


  • Masukkan ubat ABATE pembunuh jentik-jentik kedalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatan.


CARA -CARA KAWALAN DI LUAR RUMAH





  • Tanam semua bernda buruk / bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol,tin kosong,plastik-plastik,tayar buruk dan sebagainya.


  • Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.


  • Tutup lubang saluran udara (" air vent ") ditangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk dari masuk.


Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam,pergilah dengan segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapat rawatan..

5/09/08

gengstarz team A

PKA AZMI HUSSIN
Sorang yang open minded,kepala brutal dan gila2 sikit tapi orangnya ok


PKA VELLAYAN


Nama gelaran di pejabat AYA .Dah pencen tapi masih berkerja lagi,Dia sambung kontrak 2 tahun lagi..umur dah 60 tahun..




ABG ZUL

abg zul adalah seorang pemandu team A vektor jempol,ia seorang yang bleh di katakan ok la..x bnyk cerita...

MOHD ZUKI

Bekas pra team A,sudah tamat perkhidmatan pada tahun 2007.nama gelaran panjang



MOHD HANIF

pra team A,nama gelaran di pejabat .......dirahsiakan..

CIK DIN

PKA dah pencen pada tahun 2007,skarang berkerja sebagai pegawai ronda pengawal keselamatan di KL..



ZAMRUS



PPA team A .Nama gelaran piang..




ZAINAL



ini PRA Team A juga,seblum ni pernah berkhidmat di pejabat kesihatan port dickson,sekarang dah keje kat pejabat kesihatan jempol.











TEAM A MEMBER (VEKTOR JEMPOL)


Ini adalah ketua pasukan team A vektor pejabat kesihatan jempol,seorang yang tegas dalam menjalankan tugas beliau.

NAMA : MOHD IDRIS B. ZAINAL ABIDIN

JAWATAN : PEMBANTU KESIHATAN AWAM.