21/09/08

AVIAN INFLUENZA ( SELSEMA BURUNG )

APAKAH AVIAN INFLUENZA ATAU SELSEMA BURUNG.


Avian influenza atau selsema burung adalah sejenis penyakit berjangkit di kalangan ayam,itik dan burung.




burung-burung liar merupakan reservior bagi vairus penyakit ini.




ternakan ayam,itik,burung dan yang sma keluarga dengannya juga dijangkiti penyakit ini




biasanya,penyakit ini tidak menular kepada manusia tetapi kejadian di vieatnam dan thailand telah menunjukkan ianya boleh merebak kepada manusia.kejadian yang sama pernah berlaku di hong kong pada tahun 1997 dimana seramai 19 orang telah dijangkiti dengan avian influenza dengan 6 kematian.


Avian Influenza disebabkan oleh virus influenza jenis A.Virus ini mempunyai pelbagai jenis sub-type wabak yang dilaporkan sekarang di sebabkan oleh jenis virus H5N1.Virus jenis ini menyebabkan kadar ternakan yang tinggi dikalangan ayam ternakan sehingga 100%.


BAGAIMANA PENYAKIT INI MEREBAK?


Penyakit ini menular di kalangan ayam melalui cecair dari hidung dan mulut serta najis.Virus boleh bertahan sehingga 30 hari didalam najis yang tercemar.Manusia boleh dijangkiti melalui kontek dengan ayam,itik,burung yang berpenyakit seperti..



  1. KONTEK SECARA TERUS

  2. MENGENDALI NAJIS YANG TERCEMAR

  3. AIR YANG TERCEMAR DENGAN NAJIS

  4. BARANG-BARANG DAN PAKAIAN YANG TERCEMAR DENGAN NAJIS.

APAKAH MANUSIA BOLEH DIJANGKITI PENYAKIT AVIAN INFLUENZA?


Ya manusia boleh dijangkiti penyakit avian influenza.



APAKAH TANDA-TANDA AVIAN INFLUENZA APABILA BERLAKU KEPADA MANUSIA?


Gejala avian influenza adalah sama seperti selsema biasa iaitu demam tinggi( >39oC ) sakit tekak dan batuk.Di kalangan kes-kes teruk boleh berlaku sesak nafas disebabkan radang paru-paru (pneumonia).Kejadian penyakit ini adalah lebih teruk di kalangan kanak-kanak dan orang tua oleh kerana tahap ketahanan badan yang rendah di mana virus boleh membiak dengan cepat.Kebanyakan kematian berlaku dalam wabak sekarang adalah di kalangan kanak-kanak.



BAGAIMANA CARA MENGELAK DARI DIJANGKITI IVIAN INFLUENZA


Elak dari kontek terus dengan ayam atau burung yang berpenyakit atau tercemar dengan najis dari ayam atau burung berpenyakit.



SIAPAKAH YANG BERISIKO?



  1. MEREKA YANG BERKERJA DI LADANG TERNAKAN AYAM,ITIK,BURUNG YANG KEMUNGKINAN TELAH DIJANGKITI

  2. MEREKA YANG MEMPUNYAI KONTEK TERUS DENGAN HAIWAN YANG DIJANGKITI

  3. MEREKA YANG MENGENDALIKAN PEMUSNAH AYAM,ITIK DAN BURUNG YANG BERPENYAKIT

APAKAH CARA PERLINDUNGAN YANG TERBAIK.



  1. Amalkan "good animal husbandry" seprti memakai mask (penutup mulut dan hidung),sarung tangan,aprom dan kasut but.

  2. Selalu membasuh tangan dengan air yang bersih.

  3. Amalkan kebersihan semasa mengendalikan daging mentah

  4. Lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan


APAKAH VAKSIM INFLUENZA YANG SEDI ADA BERKESAN UNTUK SELSEMA BURUNG?


Tidak berkesan kerana ianya hanya melindung dari influenza berjangkit kepada manusia sahaja.



APAKAH SELAMAT UNTUK MELAWAT NEGARA-NEGARA YANG DI LANDA WABAK SELSEMA BURUNG?


Petubuhan kesihatan sedunia tidak membuat sebarang sekatan melawatke negara-negara yang terlibat.Walau baagaimanapun adalah dinasihatkan supaya tidak melawat ladang-ladang ternakan ayam,itik,burung atau pasar di negara tersebut.



ADAKAH KITA PERLU MENGELAK DARI MAKAN AYAM,ITIK DAN DURUNG?


Tidak perlu.Daging ayam atau produknya yang dijual dipasaran yang bersih dan dimasak dengan selamat..Semua produk ayam tewrmasuik telur perlu dimasak sebelum makan.



















Tiada ulasan: