20/09/08

DEMAM CHIKUNGUNYA

DEMAM CHIKUNGUNYA ialah sejenis demam yang di akibatkan oleh alfavirus yang dibawa oleh gigitan nyamuk AEDES AEGYPTI.
GEJALA DAN TANDA-TANDA
  1. DEMAM PANAS
  2. SAKIT KEPALA
  3. SAKIT DAN LENGUH DI BAHAGIAN SENDI
  4. RUAM MERAH DI BAHAGIAN BADAN
  5. SAKIT BELAKANG
  6. PENYAKIT INI BERLARUTAN HINGGA 5 KE 7 KALI
  7. TIADA RAWATAN SPESIFIK UNTUK PENYAKIT INI
  8. PESAKIT BIASANYA DIRAWAT SECARA SINPTOMATIK





CARA PENCEGAHAN





satu-satunya cara menhindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES.nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandugi air jernih dan biasa berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.





CARA-CARA KAWALAN DI DALAM RUMAH




  • Basuhlah tempayan dengan berus sehingga bersih tiap-tiap seminggu sebelum mengisi air.


  • Buang air dari pingan-pingan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.


  • Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.


  • Masukan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut agar nyamuk tidak dapat bertelur didalamnya.


  • Masukkan ubat ABATE pembunuh jentik-jentik kedalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatan.


CARA -CARA KAWALAN DI LUAR RUMAH





  • Tanam semua bernda buruk / bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol,tin kosong,plastik-plastik,tayar buruk dan sebagainya.


  • Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.


  • Tutup lubang saluran udara (" air vent ") ditangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk dari masuk.


Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam,pergilah dengan segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapat rawatan..

Tiada ulasan: