20/09/08

NYAMUK AEDES ( DENGGI )



DEMAM DENGGI ADALAH PENYAKIT BERJANGKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS DENGGI YANG DISEBARKAN MELALUI GIGITAN NYAMUK AEDES.
TIADA UBAT KHUSUS YANG DAPAT MERAWAT DEMAM DENGGI KECUALI MENGAMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN
TANDA-TANDA
  1. DEMAM KUAT SECARA MENGEJUT DAN BERTERUSAN
  2. RUAM MERAH PADA KULIT
  3. SAKIT TERUK PADA TULANG,OTOT,SENDI,BIJI MATA DAN KEPALA
  4. HILANG SELERA MAKAN
  5. MUNTAH-MUNTAH
  6. SAKIT PERUT
  7. PENDARAHAN PADA BADAN,HIDUNG DAN MULUT.

TABIAT NYAMUK AEDES.

  • Aedes dapat dikenali berbelang hitam putih pada kaki.
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam air bertakung di dalam dan di luar rumah
  • Kitaran hidup aedes dari telur, jentik-jentik,kepompong hingga naymuk dewasa hanya satu minggu sahaja.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN

A. MENCEGAH PEMBIAKAN AEDES

  1. Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  2. Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali.
  3. Bersihkan saluran air hujan ( salur bumbung )daripada air bertakung
  4. Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, botol, tin kosong dan tempurung kelapa dibuang mengelakan dari menjadi tempat pembiakan aedes.
  5. tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong,tin kosong,bekas plastik dan sebagainya.
  6. Masukan ubat pembasmi/ pembunuh -jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK DAN LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan.(10gm. untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.

B. MENGHAPUSKAN NYAMUK DEWASA.

  1. Gunakan racun serangga ( AEROSOL) di rumah
  2. Pasang jejaring nyamuk pada tingkap rumah
  3. Semburan kabus ( fogging ) akan di lakukan jika berlaku kes denngi.

SEGERA...DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT SEBARANG TANDA-TANDA DEMAM DENGGI DI KLINIK YANG BERHAMPIRAN DI TEMPAT ANDA,,,

Tiada ulasan: